IR. DR. HAMIZI HAMDANJURUTERA · PENASIHAT · JURULATIH

PANDUAN PROFESIONAL

Panduan Pembiayaan LPPSA untuk Penjawat Awam

Panduan praktikal langkah demi langkah sebelum memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

1. Semak kelayakan LPPSA semasa

Mulakan dengan menyemak kelayakan semasa menggunakan kalkulator LPPSA. Semakan ini membantu pemohon mengetahui anggaran jumlah pembiayaan sebelum membuat komitmen pembelian rumah atau menghantar permohonan.

2. Sediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan

Dokumen utama yang diperlukan ialah slip gaji terkini satu bulan. Pemohon juga perlu menyediakan maklumat asas untuk tujuan semakan kelayakan.

  • Tarikh lahir.
  • Jantina.
  • Skim: Pencen atau KWSP.
  • Umur pencen atau bersara.
  • Jenis pembiayaan: tanah, rumah, refinance, renovation atau bina rumah.
  • Status pembiayaan LPPSA terdahulu: pernah atau tidak.
  • Jika pernah, jumlah pembiayaan pertama tidak termasuk takaful atau insurans.
  • Amaun pembiayaan yang ingin dipohon.

3. Buat keputusan sama ada hendak teruskan

Selepas anggaran kelayakan diketahui, pemohon boleh membuat keputusan sama ada pembelian hartanah dan permohonan LPPSA sesuai diteruskan atau tidak. Langkah ini penting kerana jumlah pembiayaan yang diluluskan boleh bergantung kepada harga SPA, penilaian JPPH dan kelayakan maksimum semasa.

4. Lantik peguam panel LPPSA dan hantar permohonan

Jika pemohon ingin meneruskan, langkah seterusnya ialah melantik peguam panel LPPSA, melengkapkan permohonan secara atas talian dan menyerahkan dokumen permohonan fizikal seperti yang diperlukan.

5. Gunakan consultant untuk mengurus proses

Cara paling mudah ialah melantik consultant berpengalaman seperti Ir. Dr. Hamizi Hamdan yang boleh membantu semakan kelayakan, penyediaan dokumen, permohonan atas talian, penyerahan fizikal dan follow-up sehingga kelulusan pembiayaan diperoleh.

Perlu bantuan semak kelayakan LPPSA?

Hubungi Ir. Dr. Hamizi Hamdan sebelum meneruskan pembelian atau permohonan.

WhatsApp Ir. Dr. Hamizi Hamdan
Perkhidmatan Berkaitan

Teruskan ke halaman perkhidmatan berkaitan untuk perbincangan yang lebih khusus.

Lihat Khidmat Nasihat Pembiayaan LPPSA